Tuesday, February 23, 2010

Kebakaran di Kedai Pulai Chondong

Sudah sekian hari aku duk memikirkan apa cerita yang pertama aku nak letakkan di blog aku ni. Akhirnya, aku dah dapat. Sengaja aku pilih topik ni sebab ia begitu bermakna buat aku. Kerana secara kebetulan aku menyaksikan sendiri kejadian ini. Even masa tu api pun dah berjaya dipadamkan. dan ia berlaku di kampung suami aku. walking distance dari rumah Chek (mak mertua aku). Alhamdulillah, Chek ngan MakWo tak terjejas. Cuma gangguan bekalan elektrik sekejap. Biarlah kisah ini jadi pembuka blog aku.

Aku sampai di Kedai Pulai Chondong dalam pukul 10 malam. Masa tu bomba dah berjaya padamkan api. Tinggal bara kayu. Suasana gelap gelita. Aku dapat saksikan ribuan manusia datang menyaksikan kebakaran yang paling besar di Kelantan. Satu-satunya bangunan bersejarah yg paling lama usianya di Pekan Pulai Chondong. Pekan yang menjadi kebanggaan suamiku. Pekan ni tak la cantik sangat. Cuma suatu ketika dulu pekan ni merupakan pekan yang paling sibuk aliran lalulintasnya, paling ketara sibuknya jalan raya ni bila tiba hari raya, hinggakan suamiku kata satu-satunya pekan kecil yang ada traffic light untuk memudahkan orang melintas jalan. Wah! Aku nampak riak kebanggan dia wajahnya. hahaha... ni gambar-gambar kedai Pulai Chondong sebelum kebakaran itu berlaku. Thanks to dusun buluh (http://dsnbuluh.blogspot.com)


Deretan kedai yang berusia lebih dari 60 tahun. Menurut kata Mak mertua aku ler


Kini gambar sudah jadi nostalgia kerana semua sudah hangus.


Kedai makan Alias. Kedai yang terakhir terbakar.


Aku tak terpikir nak amik gambar mlm tu. Ye la keadaan gelap gelita. tak teringat langsung nak amik gambar sbb duk memikir tak guna amik gambar flash takde. Padahal ada flash. Apa la! ni aku amik gambar dr blog nixk.net


ni keadaan deretan kedai hangus terbakar.


Dan keesokkannya lepas subuh saya bersama suami berjalan kaki melihat keadaan tempat kejadian. Gambar-gambar di bawah ni saya ambil sendiri. Sorry blur sket guna HP ja... hahaha









ahli keluarga mangsa waktu ini sibuk mencari barang2, terutamanya tokey kedai emas.

Banyak lagi cerita nak aku tulis di sini. Tapi mata aku dah penat so, biarlah aku berehat seketika...

No comments:

Post a Comment